Muslimah

  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebh buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

  4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

  5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (ASi) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai karena menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari, dan wanita itu akan dimandikan di dalam surga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.

  15. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

  16. Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.

  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa surga wajib baginya.

  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  22. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas & jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. ( tola apa c? )

  23. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhaan suaminya akan memasuki surga.

  24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

Ada juga hadits Nabi tentang wanita, yang mengatakan :

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab Baginda, "Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



Wallahu'alam bish shawab
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tidak ada komentar:

Posting Komentar